LAMBAKAN FILEM SERAM SEHINGGA DAH TAK SERAM

5/24/2024 05:29:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

LAMBAKAN FILEM SERAM SEHINGGA DAH TAK SERAM. Sejak filem seram mendapat sambutan rata rata ramai producer filem ambil kesempatan untuk keluarkan filem bergenre seram tak kira dalam dan luar negara. Sampai rasa filem bergenre seram ni lebih banyak dari genre lain dah sekarang. Tak kira la platform apapun kita menonton. Siaran tv berbayar mana pun kita langgan. Penuh dengan cerita seram. 


Sebagai peminat filem filem seram dari zaman vcd & dvd lagi memang la aku suka cuma masalahnya bila masing masing berlumba keluarkan filem seram kualiti filem tu semakin hari semakin tak berkualiti. Filem semakin tak seram. Banyak tipikal. Dan banyak filem macam asal siap. Kalau hantu pun kadang effect kelakar dari seram. Serba salah pulak kita yang menonton ni sepatutnya rasa takut ke rasa kelakar. Aku ingat selepas metrowealth dah tak aktif keluarkan filem filem seram kurang la sikit filem filem sampah ni rupanya tak juga. Sama je filem tempatan atau luar negara kalau yang sampah tu sampah juga.

Pun macam tu walau tak banyak filem seramnya yang menepati piawaian keseraman yang aku nak ada juga walau tak seram jalan cerita menarik untuk di tonton. Mungkin juga deria seram aku dah semakin terhakis makan filem filem sekarang dah tak mampu memenuhi nafsu seram aku. Yelah.. kalau dah terlampau banyak filem seram kau tonton, mesti la kau dah tak rasa sangat seram tu. Tapi tetap la aku tak berharap di datangi makhluk makhluk menyeramkan secara real dalam hidup aku. Tak berani la cakap besar aku ni tak takut.

Nanti ada pula kata nak real seram pergi rumah hantu la.. Belum tentu juga seramnya. Ada aku tengok konten orang share budak sekolah melawat rumah hantu di baginya jari tengah je kat hantu hantu tu. kids nowadys kan.. Kita dulu orang cerita pokok besar berhantu pun malam malam balik mengaji pecut tak pusing belakang dah. Kawan ke sapa tertinggal nasib la kan. Budak sekarang hantu pun di gula gulakan.

Mungkin teknologi dan lambakan filem,konten & cerita cerita seram di media sosial ni buat manusia rasa hantu ni normal dalam kehidupan. Dah tak ada apa perlu di takutkan kot.. Apa lagi sekadar filem membuatkan masing masing rasa filem seram sekarang dah tak seram. Kalau dulu tengok filem sundelbolong pun dah merinding ooi bulu romaku. Nak hilang rasa takut tu ambil masa berhari hari. Sekarang tengok balik macam kelakar pulak hantu sundelbolong tu.

Sampai hari ni aku rasa tak ada pun satu filem seram di era sekarang yang betul betul seram. Kalau ada pun adegan yang mengerikan macam scene scene ganas melibatkan darah, luka.. Yang tu macam tu je. Sebab benda benda macam tu memang aku tak boleh sangat nak tengok aku rasa ngeri. Tapi bukan sebab seram yang melibatkan kesan kesan khas yang di buat pada scene watak hantu tu. Contoh kita tengok muka pun dah takut. Kita dengar dia mengilai pun dah berdiri bulu roma. Bila kita tonton kita rasa di bayangi watak hantu tu di mana mana. Last aku rasa seram tengok filem coming soon tahun 2009. Aku tengok tayangan midnite kat One utama rasanya. Memang terbayang bayang juga. Tapi sekarang tengok balik filem tu dah tak ada feel yang sama. 

Sampai hari ini aku masih tertunggu tunggu muncul satu filem seram yang betul betul menyeramkan dan buat aku rasa takut menonton cuma itulah kan.. Belum jumpa lagi. Kalau review sekarang ni filem seram samada aku tulis seram bagi orang yang penakut atau jalan cerita di menarik untuk di tonton sahaja. Untuk aku kata ia cukup menyeramkan aku.. Belum lagi. Harap sangat ada.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH RM2 PEMBERIAN MURID

5/19/2024 10:17:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH PEMBERIAN MURID. Semalam terbaca satu tangkap layar yang di viralkan tentang pengakuan seorang isteri kepada seorang guru yang katanya akan buang hadiah berharga RM2 yang bagi dia tidak bermanafaat sebab terlampau banyak mencetuskan kontroversi juga la di media sosial. Perkara ni mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah ibu bapa yang mungkin hanya dapat sediakan hadiah yang di beli dari kedai ECO saja. 

Aku memang tak menyokong menormalisasi pemberian hadiah untuk sambutan hari guru tapi aku tak ada masalah pun kalau ibu bapa lain nak bagi hadiah pada cikgu anak anak mereka. Cuma bila tercetusnya isu macam ni, sedikit sebanyak dah jadi satu persepsi yang tidak baik pada cikgu. Memang aku tengok fenomena sekarang berlumba lumba ibu bapa & murid nak sama sama bagi hadiah pada cikgu. Sampai ada yang menjadi beban pada mak ayah yang tak mampu. Budak budak macam dah tanam dalam fikiran mereka.. Hari guru kena bagi hadiah. Bukan salah mereka tapi perkara ni sebenarnya kita orang dewasa yang buat mereka  rasa benda tu wajib buat. Tak buat akan jatuhkan air muka kau di hadapan rakan rakan lain. Tapi ada juga guru yang bagi aku matang & berperikemanusiaan yang awal awal melarang murid dia dari bagi hadiah sebab dia tahu perkara ni akan buat yang tidak berkemampuan rasa rendah diri & malu seterusnya pilih untuk tidak hadir ke sekolah meraikan hari guru.

Aku memang tak normalisasi pemberian hadiah pada guru guru anak aku. Tapi aku ajar dia pergi sekolah & raikan hari guru. Tu cara kita menghargai dan menyambut sesuatu keraian. Hadiah bukan keutamaan. Biar dia duduk dalam kelompok yang tak bagi hadiah. Cuma aku akan bagi berbentuk sumbangan tunai untuk aktiviti sekolah & pembelajaran. Ada rezeki lebih bagi lebih. Suami aku amalkan macam tu. Sebab anak aku belajar di kelas ppki dimana dana untuk ppki ni sentiasa tak mencukupi. prasarana untuk pelajar ppki ni aku rasa basic sangat. Kelas pun tak banyak.. Guru pun tak ramai. Kelas pun bercampur tak ikut tahap kemampuan seoarang murid. PPKI ni sedia maklum untuk pelajar yang berstatus OKU. OKU pulak pelbagai. Ada yang dislesia, autisme, adhd, sindrom down, masalah pembelajaran, slow leaner etc.. Tahap kemampuan mereka ni semua berbeza tapi di sebabkan sekolah bantuan kerajaan ni bukan cukup dana sangat. Cikgu pun tak ramai jadi nak asingkan ikut tahap intelectual pelajar memang tak boleh. Jadi berkumpul la mereka dalam satu kelas. Sebab tu aku lebih utamakan pemberian sumbangan untuk aktiviti sekolah bagi tujuan pembelajaran dari hadiah hadiah ni.

Isu buang hadiah murah & rasa tak bermanafaat ni bagi aku satu tindakan yang agak keterlaluan. Dah kau buang kau bagitau pulak kat media sosial. Tak semua benda kita perlu cerita lebih lebih lagi akan mencetuskan kontroversi & perbalahan. Kau rasa nak buat.. itu hak kau. Tapi pendedahan ni juga sebenarnya untuk membuka mata para ibu bapa jangan terlalu try hard nak sediakan hadiah walau tak mampu atau belajar untuk bagi hadiah yang lebih bermanafaat. Contoh pen, whiteboard marker, kertas A4 atau makanan yang kita tahu boleh di manafaat untuk sambutan hari guru. Sebab kita tak mampu nak bagi hadiah habib jewels macam seorang bapa yang viral hadiahkan guru guru anak dia barang kemas habib tu. Hadiah yang dah tentu takkan ke tong sampah. Kita sendiri pun tak pernah beli barang habib kan. Jadi.. setakat hadiah frame gambar kedai eco, atau barang perhiasan atas meja ni kebanyakan mungkin tidak di gunakan agak tinggi. Kalau terlalu banyak dia akan jadi bersepah dan makan ruang untuk simpan. Akhirnya ke tong sampah. Kalau yang ada otak sikit mungkin dia sedekahkan kat orang lain.

Bagi hadiah tak salah cuma itulah.. bila menjadi budaya kanak kanak akan faham sebaliknya. Mereka tak faham perkara tu tidak semestinya kena buat walau boleh buat tapi bila di normalisasi kanak kanak akan faham wajib buat. Nak asuh balik pemikiran mereka tu mungkin ambil masa. Mungkin selepas ni sambutan hari guru kita boleh sama sama tolong fikirkan kaedah sambutan yang lebih baik di mana semua murid boleh datang meraikan tanpa ada rasa rendah diri atau malu. Nanti cakap pihak sekolah kena fikirkan cara ada pula kata semua beban letak atas bahu guru. Jadi kita boleh turut sama sama tolong fikir, hulurkan tangan dan ringankan beban.

Sebab isu ni aku share kat facebook aku di label bodoh, miskin & papa kedana oleh seorang guru sebab katanya aku ajak orang jangan bagi hadiah pada hari guru. Mungkin dia rasa puas hati boleh maki macam tu.. lantak dia la kan. Tapi aku berdoa dia takkan jadi cikgu anak aku. Kita tak tahu bumi ni bulat pusing pusing tiba tiba dia mengajar anak aku pulak akan datang. siapa tahu. Risau juga hari guru anak aku tak bawa hadiah dia kata bodoh, miskin dan papa kedana pulak.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

APA AKU BUAT SEKARANG NI?

5/18/2024 11:43:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

 APA AKU BUAT SEKARANG NI? Jarang jarang aku nak update kehidupan aku sekarang di blog. Malah blog ni makin sendu dengan cerita. Tak sama macam zaman kegemilangannya dulu. Meriah dengan entri entri baru setiap hari. Orang kata blog dah tak relevan sekarang tapi jiwa seorang blogger masih ada di hati aku. Aku masih nak blog nio terus hidup dan aku masih mencari masa untuk aktif semula menulis di sini. Relevan atau tak itu cuma persepsi orang tapi bagi aku masih relevan untuk aku menulis sebab aku suka.

Mungkin dulu blog ni jadi salah satu punca pendapatan sampingan aku selepas aku pilih untuk jadi surirumah sepenuh masa bermula dari tahun 2011 sehingga sekarang. Tapi sekarang memang dah tak ada sebarang tawaran kolabrasi dengan mana mana pihak yang melibatkan blog tapi tak bermakna rezeki aku terus terputus kat situ je. Di sebabkan aku aktif di media sosial (Facebook) jadi aku sekarang banyak buat affiliate. Setakat ni dengan shopee & lazada. Banyak kali juga dapat tawaran kolabrasi dengan lazada & shopee untuk kempen kempen tertentu selain menjana pendapatan dari perkongsian barang barang yang di jual di platform tersebut. Jadi tak perlu risau. Rezeki ni semua dari Allah. Tertutup satu pintu rezeki.. Mungkin di buka dua tiga pintu rezeki yang lain. Selagi kita berusaha, Insya Allah.. Allah tak pernah lupa memberi. 

Kehidupan aku masih macam biasa.. Masih seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak (perempuan & lelaki). Sebenarnya tak ada apa menarik sangat. Aku jalani kehidupan macam biasa. Kehidupan aku masih sederhana tapi Alhamdulillah sentiasa cukup keperluan kami sekeluarga. 

Sebenarnya aku masih mencari rentak baru untuk blog ni. Aku sendiri tak tahu nak aktifkan balik dengan cerita apa. Kalau dulu cerita cerita seram aku rasa macam dah tak berapa best sebab ramai yang buat review filem. Tapi aku masih die hard fans filem seram sampai sekarang. Cuma zaman kumpul dvd cerita seram dah tak ada. Sebab susah dah nak cari koleksi dvd ni. Masa aku masih kumpul pun dah tak banyak yang ada bila teknologi digital dah ambil alih. Walaupun seronok kumpul dvd ni.. Benda yang kita boleh nampak secara fizikal depan mata. Pun macam tu koleksi koleksi dvd aku masih di jaga baik sampai sekarang. Semua original aku beli. Anak anak aku pun tak boleh main. Benda tu nanti di masa akan datang jadi sesuatu yang sangat berharga tau!

Jadi sekarang aku nak tengok apa yang boleh aku jadikan tema untuk penulisan di blog aku nanti. Sayanglah kalau tak di gunakan.. domain masih di bayar setiap tahun dan harga domain pun makin naik. Nak lepaskan sayang.. 

Pada yang masih letak link blog aku di bloglist hangpa.. terima kasih dan pada yang masih setia follow blog lekatlekit ni pun terima kasih. Semoga blog ni kembali di hiasi dengan cerita cerita lebih bermanafaat dan menghiburkan pembaca.


2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com