MUNKAR.. KISAH MANGSA BULI ASRAMA

7/28/2024 06:34:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

MUNKAR.. KISAH MANGSA BULI DI ASRAMA. Sekarang kembali hangat berita dan cerita tentang kes buli bila Mahkamah akhirnya sebulat suara menjatuhkan hukuman kepada 6 orang yang terlibat dalam menyebabkan kematian Zulfarhan. Majoriti berpuas  hati dengan keputusan yang menjatuhkan hukuman mati kepada ke enam enam tertuduh. Alhamdulillah.. nasib Allahyarham akhirnya terbela. Kejadian sebegini moga iktibar kepada pelajar atau pelatih di mana mana pusat pengajian agar tidak menormalisasi buli & ragging yang melampau. Dalam kes Zulfarhan ni juga pengajaran yang kita boleh ambil jangan sesekali percaya kepada bomoh. Penyiksaan keatas  Zulfarhan ni bermula apabila Laptop salah seorang tertuduh hilang dan mereka mendapatkan khidmat konon perawat alternatif untuk mendapatkan semula laptop dan nama Zulfarhan di petik sebagai pelaku menyebabkan beliau di hukum dengan kejam sehingga mati.

Filem yang aku nak review ni pun kisahnya berkaitan dengan buli juga. Filem munkar ni mengisahkan pelajar pondok yang membuli seorang pelajar yang lemah tentang agama. Tak pandai solat, tak pandai mengaji di hantar ke pondok pengajian Islam untuk mendalami ilmu agama malangnya di menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lain. Semasa dia cuba melarikan diri dari di buli dia di langgar kereta. Setelah di rawat beberapa ketika di hospital akhirnya di sahkan meninggal dunia tapi ayahnya tidak dapat menerima kenyataan dan takut ibunya tak boleh menerima kematian anaknya.. meminta doktor yang mengesahkan kematian anaknya dan membawa anaknya berjumpa dengan seorang pawang untuk menghidupkan kembali jasad anaknya. Bila jasad anaknya kembali hidup dengan roh jin di hantar kembali ke asrama pondok pengajian di situ. Disitulah bermula segala gangguan aneh dan pembunuhan. Mereka yang pernah membuli di bunuh oleh jin yang menumpang jasad tersebut.

Tiada siapa yang tahu pada mulanya mangsa buli tersebut sudah meninggal di hidupkan kembali dengan ritual khurafat menggunakan perantaraan jin sehinggalah jasad yang di pengaruhi jin itu bertindak ganas dan seorang pengamal rawatan Alternatif di panggil untuk membantu dan pada waktu yang sama ibu bapa kepada anak tersebut datang membongkar apa yang berlaku barulah dapat di keluarkan jin dari jasad dan akhirnya jasad yang sebenarnya sudah mati itu, kembali tidak bernyawa.


Filem ni bagi aku menarik juga di tonton. Kita takkan tahu pada awalnya budak mangsa buli tu sebenarnya dah mati semuanya kita tahu di babak babak akhir, Di pertengah cerita tu kita akan tertanya tanya kenapa budak tu lepas kemalangan tiba tiba jadi aneh. Tiba tiba jadi menyeramkan dan membalas dendam. Semua tu kita takkan tahu sehingga kita tonton di babak akhir. Tapi sapa yang belum tonton dah baca review ni mungkin jadi spoil la kan.. Sebab tu aku review lambat sikit. Supaya tak jadi spoiler sangat.

Jadi pada yang belum menonton dan nak tonton boleh saja tonton seisi keluarga sebab tak banyak adengan berkaitan ritual khurafat atau syirik. Cuma sikit sangat babak tu di hujung cerita selain para pelakon semua berpakaian menutup aurat. Sebab berkisahkan di pondok pengajian Islam kan.. Tak ada adengan romantis ke apa. Memang sesuai untuk tontonan umum

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BANGKU KOSONG (UJIAN TERAKHIR), ALL OF US ARE DEAD VERSI INDONESIA

7/25/2024 09:30:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

BANGKU KOSONG (UJIAN TERAKHIR), ALL OF US ARE DEAD VERSI INDONESIA. Lama tak menulis review filem seram di blog lekatlekit ni kan? kalau dulu asal dapat je koleksi dvd filem seram ada je la review nya. Sekarang dah tak ada kumpul dvd. DVD pun susah dapat sekarang. Orang sekarang mana ada tengok dvd.. DVD player pun ramai dah tak ada kat rumah. Tapi aku masih ada & koleksi dvd aku pun masih aku simpan. Cuma tak ada masa nak tonton balik dvd tu. Lagipun aku memang kumpul untuk buat koleksi je.

Kita kembali pada tajuk asal nak review filem Bangku kosong (Ujian Terakhir) ni. Untuk sekuel kedua ni kisahnya bermula dari seorang pelajar perempuan yang kerasukan di dewan peperiksaan. Selepas tu dia macam berjangkit menjadikan ramai pelajar kerasukan dan mengganas sehingga membunuh pelajar lain. Bila berlaku kekecohan tu.. Masing masing cuba lari dan menyelamatkan diri namun mereka masih di ganggu dengan gangguan mistik bila makin ramai kerasukan. 

Filem ni bukan la filem fresh from oven la.. Filem tahun 2023. Boleh la kalau nak tonton. Macam tipikal sangat jalan cerita filem ni. Macam biasa ada watak macam seorang bomoh tapi tidak berpenampilan macam watak bomoh biasa kita tengok dalam drama atau filem dengan kostum khas. Yang ni lebih realistik berpakaian biasa macam orang lain datang cuba berlawan dengan entiti mistik tu. Tapi malangnya semasa bertarung dengan entiti tersebut dia tercedera dan mati. Tapi diteruskan oleh watak pembantu dia untuk mencari kelemahan roh berdendam tersebut untuk mengalahkannya. 

Ada babak imbas semula..bagaimana bermula mereka menjadi roh yang berdendam. Dimana mereka telah di culik oleh seorang pengamal ilmu hitam dengan cara di pukau dengan tiupan seruling kemudian di bawa kerumahnya di tengah hutan di kurung sebelum di bunuh untuk ritual khurafatnya. Tapi akhirnya dia berjaya di tangkap dengan bantuan seorang yang boleh mengalahkan tapi akibat terlalu marah seorang bapa kepada anak salah seorang yang di culik membuat keputusan untuk membakar pawang ilmu hitam tersebut menjadikan dia roh yang berdendam. Kaitan sekolah dengan dendam itu adalah pengetua sekolah tersebut adalah anak kepada orang yang membakarnya hidup hidup. Sebab tu sekolah itu menjadi sasaran roh yang berdendam tersebut.

Tapi sekuel kedua Bangku kosong ni macam inspirasi dari drama bersiri netflix korea All Of us are dead cuma drama korea tu memang bertemakan zombie iatu berlaku di sebabkan virus. cuma bangku kosong ni di sebabkan gangguan mistik berpunca dari satu tempat duduk yang harus di kosongkan di duduki pelajar dan mengundang kemarahan roh yang tidak tenteram yang berdendam. Tapi jalan cerita dia macam All of us are dead juga sebab mengambil sekolah sebagai lokasi sepanjang cerita dan pelajar terperangkap dalam bangunan sekolah. Masing masing cuba mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri. Tapi roh tidak tenteram itu sentiasa menghalang dan cuba membunuh mereka.

Filem ni nak kata sangat best di tonton mungkin tak sampai la macam tu tapi masih ok untuk di tonton cuma rasa macam tak berapa ada kaitan sekuel kedua ni dengan yang pertama. Macam dua cerita yang berbeza. Rasa tak perlu teruskan untuk sekuel ketiga takut jadi makin merepek je hahahaha. Biasa la filem kalau banyak sangat sekuel walaupun yang pertama tu best yang seterusnya dia akan jadi merapu. Apapun filem ni ending tak tergantung. Semuanya berakhir seperti sepatutnya. Roh jahat berjaya di bunuh.

Sekian sahaja review untuk kali ni. Tak tau bila masa ada kerajinan lagi nak update review filem seram seterusnya. Ada je filem baru aku tengok macam filem Munkar tapi nanti la rajin aku review. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com