WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR?

8/23/2024 03:05:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR? Zaman kegemilangan blog lekatlekit story ni macam dah suram sekarang. Nak update entri baru pun macam ada dalam tiada tapi sewa domain dengan netkl tetap kena bayar setiap tahun. Yelah.. dulu orang guna dot com kau pun nak. Waktu tak apa lah kan. Masih ada sumber pendapatan sampingan dari blog ni sekarang dah macam tiada. Sumber pendapatan sampingan tu ada cuma bukan dari blog lagi. Yang ada cuma adsense sahaja. Tu pun macam obesiti je earning dia nak naik. Yelah.. jarang jarang sangat nak berkisah dalam blog ni kan.

Ikutkan domain expired bulan oktober tapi setiap tahun biasa aku akan renew awal dua tiga bulan cuma tahun ni sampai sekarang belum lagi aku buat pembayaran. Masih tengah fikir sama ada nak teruskan guna domain berbayar atau kembali ke free domain blogspot sahaja. Dengan kenaikan sewa tahunan domain di netkl ni buat aku terfikir berbaloi ke aku nak bayar? Kecuali la aku masih buat paid review di blog ni.. Sekarang memang dah tak ada dah. kalaupun aku nak tulis review semua tu dari pengalaman aku membeli & gunakan barang tu. Sekadar berkongsi sahaja.

Cuma tu la kan.. Rasa sayang tu masih ada cuma kadang kadang yang sayang tu kita kena lepaskan untuk kebaikan. Tak semua sayang tu kita kena simpan. Cuma aku belum buat keputusan rasmi samada nak teruskan atau nak terminate. Memandangkan kos hidup sekarang pun tinggi jadi aku rasa nak kurangkan komitmen mana yang tak perlu. Blog ni Insya Allah aku tak rasa nak delete pun. Masih rasa satu masa aku akan kembali aktif menulis di ruangan ini. Menulis di blog takkan sama rasanya seperti menulis di media sosial lain. Cuma tu la masa menentukan bila boleh aktif menulis di blog balik. Aku tak kisah pun orang nak cakap blog dah tak relevan. Aku menulis blog untuk puaskan jiwa aku. Aku suka jadi aku buat. Tak relevan bagi mereka yang tak minat dan jiwa mereka tidak kearah itu.

Mungkin cuma batalkan domain berbayar dan kembali kepada domain blogspot lepas ni. Rasa macam tak ada manafaat dah nak bayar sewa domain. Mana tahu dah jadi warga emas nanti blog boleh lagi di gunakan untuk mengisi masa lapang. Konon.. hahahaha. Aku ni tak tahu la sampai bila nak habis tanggungjawab jaga anak. Lebih lebih ada anak istimewa ni. Kehidupan aku mungkin hanya dengan anak je kot. 

Apapun samada aku terus gunakan domain berbayar atau tak.. Yang pasti blog ni selagi boleh di gunakan sebagai medium menulis Insya Allah masih ada. Ter update atau tak je tak pasti.

Gambar sekadar hiasan. Ni gambar skodeng guna telephoto lens. hehehehe


2 comments:

  1. Blog memang sangat kurang sekarang.. bagi yang betul-betul minat menulis sahaja yang akan teruskan :)

    ReplyDelete
  2. Rindu kan zaman kegemilangan blog. Masa tu ingat lagi terpilih jadi follower lekatlekit yang ke 700.

    Link : https://belogkiter.blogspot.com/2011/03/just-for-lekat-lekit-gurl-u-really-make.html

    heheh. bila baca balik apa yang saya tulis sepuluh tahun dulu. adoi rasa sangat masih budak lagi. cuma sekarang pun budak lagi. cuma percaya diri sahaja. hehe. Saya pun baru nak mula menulis semula cuma tak konsisten. Bukan penulis hebat cuma kepuasan menaip kisah kisah yang berkaitan diri atau pun tidak sangat membahagiakan. Seriously rindu zaman itu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com